KURSUS KIMPALAN

Keterangan Kursus:

Pelatih akan mempelajari pemotongan dengan kaedah plasma dan membuat kimpalan jenis arka dan gas.Mereka juga akan membuat kimpalan ke atas logam-logam jenis feros dan bukan feros.Membaca simbol dan lukisan cetakan biru,menguji sambungan kimpalan dengan cara membedah, membengkok dan merenggang logam.
 

Peluang Pekerjaan:

Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, logi pemasangan mesin dan jentera,industri perabot,peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan.Para lepasan kursus ini bolih mendapat pekerjaan sebagai tukang kimpal di kilang penapis minyak, bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor,alatan elektrik dan jugalogijentera perindustrian atau menjalankan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.

 

[Menu]  [Personel]  [Sepenuh Masa]  [Separuh Masa]  [Kemudahan]  [Kalendar Institut]  [Keluaran Pelatih]
[Kerjaya Kolar Biru]  [Aktiviti]  [Komen] [TERKINI]