PELUANG - PELUANG PEKERJAAN.

a). JURUELEKTRIK

Permintaan untuk kursus Juruelektrik adalah sangat menggalakkan dan dijangka meningkat pada masa hadapan. Keadaan ini disebabkan kekurangan Pendawai Elektrik di industri-industri tempatan. Pendawai Elektrik yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau penilai bagi firma kontrak elektrik. Mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri sebagai kontraktor elektrik.
 


b). PEMBUAT ACUAN DAN ALAT PEMOTONG

Peluang pekerjaan terdapat di firma kejuruteraan, bengkel pemesinan, kilang-kilang perkakas mesin, bengkel membuat dan membaiki logi jentera serta industri pembuatan seperti industri membuat komponen kereta. Mereka juga berpeluang membuat kerja dalam makmal yang melibatkan peralatan seperti alat pembandingan optik dan alat optik keratan.
 


c). CAD/CAM @ CNC MACHINIST

Peluang pekerjaan dalam bidang ini cukup luas kerana ianya merupakan tulang belakang sektor perindustrian negara. Lulusan bidang ini berpeluang bekerja dipelbagai industri kejuruteraan dan pembuatan.


d). Elektronik Industri

Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja di firma-firma yang membuat dan menyelenggara peralatan alektronik bagi pejabat-pejabat dan loji-lojiindustri. Peluang pekerjaan juga terdapat di stesen radio dan televisyen serta makmal-makmal penyelidikan dalam bidang elektronik. Peluang pekerjaan adalah cerah kerana pertumbuhan pesat industri yang berasaskan elektronik.


e). Instrumen Perindustrian

Peluang pekerjaan lepasan kursus ini terdapat di kilang-kilang petrokimia,kilang pembuatan, kilang penapis sawit, kilang mengetin makanan, kilangmembuat sabun dan kilang-kilang lain yang memerlukan kawalan suhu, paras, tekanan dan aliran.


f). Mekanik Industri

Pertumbuhan ekonomi negara telah mendorong lebih banyak industri pembuatan dan kejuruteraan ditubuhkan. Industri seperti ini memerlukan pekerja mahir dalam bidang Mekanik Industri atau Jurugegas. Dengan itu peluang pekerjaan bagi pelatih-pelatih yang mengikuti kursus Mekanik Industri adalah cerah. Mereka yang berpengalaman dan mempunyai modal boleh membuat perniagaan sendiri.


g). Pemesinan Am

Pemesin-pemesin diperlukan untuk mengendali, menyelenggara dan membaiki pelbagai jenis mesin,kelengkapan dan peralatan dan peralatan yang penggunaannya kian bertambah. Peluang pekerjaan terdapat di bengkel-bengkel kejuruteraan, pelebur logam (foundry), kilang-kilang perkakas mesin, tempat membina dan membaiki kapal, kilang penapis minyak serta bengkel-bengkel membuat dan membaiki loji dan jentera.


h). Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah ( A0 )

Pekerja dalam bidang ini sangat diperlukan. Pertumbuhan pesat sektor perkilangan membuatkan permintaan kepada pekerja di bidang ini bertambah dengan banyak. Para lepasan kursus ini mempunyai peluang yang baik untuk mendapatkan pekerjaan.

 


i). Kimpalan Arka & Gas

Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan. Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai tukang kimpal dikilang penapis minyak, bengkel memperbaiki dan menyelenggara kereta motor, alatan elektrik dan juga loji jentera perindustrian. Mereka juga boleh menjalankan pekerjaan sendiri dengan mengadakan berbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.

 


j).Fabrikasi Logam :

Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan di syarikat Pembinaan,firma kontrak kepingan logam dan perusahaan pembuatan yang menghasilkan kepingan logam.Mereka yang berpengalaman boleh menjadi kontraktor bagi kerja-kerja dalam bangunan khususnya saluran,kelengkapan dapur,penyejukbekuan dan penyamanan udara dan lain-lain bidang yang menggunakan bahan kepingan logam.


k).Automotif:

Bertambahnya bilangan kenderaan dari sehari ke sehari, menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang ini seperti bekerja di pusat-pusat servis kenderaan dan kilang-kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri.


[Menu]  [Personel]  [Sepenuh Masa]  [Separuh Masa]  [Kemudahan]  [Kalendar Institut]  [Keluaran Pelatih]
[Kerjaya Kolar Biru]  [Aktiviti]  [Komen] [TERKINI]