KURSUS PEMBUAT ACUAN DAN ALAT PEMOTONG

Keterangan Kursus:

  Kursus ini merupakan kursus berteknologi tinggi yang menggunakan mesin-mesin yang dikawal oleh komputer yang dipanggil 'Computer Numerical control - CNC'. Pelatih akan diajar mengendali, menyelenggara dan menggunakan pelbagai jenis mesin kuasa pemampat dan mesin kawalan angka untuk membuat acuan selain menguji acuan dengan menggunakan alat pengukuran yang berketepatan tinggi. Selain itu pelatih juga akan membina dan membaiki acuan-acuan logam, jig dan kelengkapan-kelengkapan lain.
 
 

Peluang Pekerjaan:

  Peluang pekerjaan terdapat di firma kejuruteraan, bengkel pemesinan, industri peralatan mesin, bengkel membuat dan membaiki logi jentera serta industri pembuatan seperti industri membuat komponen kereta. Mereka juga berpeluang membuat kerja dalam makmal yang melibatkan peralatan seperti alat pembandingan optik dan alat optik keratan.

 

[Menu]  [Personel]  [Sepenuh Masa]  [Separuh Masa]  [Kemudahan]  [Kalendar Institut]  [Keluaran Pelatih]
[Kerjaya Kolar Biru]  [Aktiviti]  [Komen] [TERKINI]