ORGANISASI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG, JOHOR

PENGENALAN

Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang adalah sebuah Institut yang dikelolakan oleh Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia. Kedudukannya adalah kira-kira 35 km dari Bandaraya Johor Bahru di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang iaitu sebuah kawasan perindustrian yang terbesar dan sedang pesat membangun di Negeri Johor Darul Ta’zim.

Institut ini telah mula beroperasi sejak 15 September 1982 dan sehingga kini telah melahirkan seramai lebih 5000 orang tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang kejuruteraan iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Elektrikal, Elektronik, dan Kejuruteraan Awam.
 

ORGANISASI

Pengurusan Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang diketuai oleh seorang Pengetua dan pentadbirannya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian Mekanikal & Pengeluaran, Bahagian Elektrikal & Elektronik, dan Bahagian Pentadbiran. Operasinya dikendalikan oleh seramai 98 orang kakitangan teknikal yang terdiri dari para pengajar dan 18 orang kakitangan sokongan.

Para pengajar adalah terdiri dari tenaga kerja profesional yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan, Diploma Kejuruteraan dan Sijil Kemahiran Peringkat Tinggi dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik, dan Kejuruteraan Awam. Mereka mempunyai pengalaman kerja yang luas diindustri disamping mendapat latihan teknikal dari institusi-institusi latihan didalam dan luar negeri dari masa kesemasa melalui program pembangunan kakitangan jabatan.


[MENU] [ OBJEKTIF ] [ FUNGSI ] [ LOKASI ]

[Menu]  [Personel]  [Sepenuh Masa]  [Separuh Masa]  [Kemudahan]  [Kalendar Institut]  [Keluaran Pelatih]
[Kerjaya Kolar Biru]  [Aktiviti]  [Komen] [TERKINI]